THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 19, 2008

LEBUH RAYA

Kegunaan utama kad Touch 'n Go ialah untuk membayar tambang tol di lebuh raya melalui sistem kutipan tol elektronik. Lebuh raya dan sistem kutipan tol di Malaysia terbahagi kepada dua sistem iaitu sistem tol terbuka dan tertutup. Berikut adalah keterangan lanjut dan panduan penggunaan kad Touch 'n Go berdasarkan kepada sistem tol.

Kaunter jualan & perkhidmatan pelanggan

Kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan Rangkaian Segar Sdn Bhd di Hab Touch 'n Go, Menara Faber dan Stesen Sentral Kuala Lumpur menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk para pelanggan termasuk kemudahan tambah nilai kad prabayar, pascabayar dan MyKad Touch 'n Go. Bagi Hab Touch 'n Go di Menara Faber, ia turut dilengkapi dengan kemudahan kiosk pandu lalu bagi memudahkan urusan para pelanggan. Walaubagaimanapun, kemudahan kiosk pandu lalu berkenaan terhad untuk pemegang kad prabayar dan MyKad Touch 'n Go sahaja.

TAMBAH NILAI

Pemegang kad Touch 'n Go mempunyai pilihan tambah nilai sebanyak RM10, RM20, RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM400 atau RM500 bergantung kepada jenis kad Touch n' Go. Bagi tujuan keselamatan, baki simpanan tambah nilai bagi semua jenis kad Touch 'n Go telah ditetapkan pada RM1500

Jenis kad

Terdapat lima jenis kad Touch 'n Go dengan tiga variasi komersil dipasaran. Pembelian kad Touch 'n Go boleh dilakukan di kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan serta agen peruncit Touch 'n Go yang terlibat dengan jaminan selama satu tahun untuk setiap pembelian kad baru.
Kad prabayar

Kad Touch 'n Go
Kad Touch 'n Go adalah kad keluaran pertama dan projek perintis Rangkaian Segar Sdn Bhd. Ia dijual kepada orang ramai dan setiap kumpulan pengguna pada harga RM10. Walaubagaimanapun, kegunaannya di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Pada bulan Mac 2007, Rangkaian Segar Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go disamping rekaan asal sempena dengan ulang tahun ke-
10 kad Touch 'n Go. Berikut adalah tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go.
Kad tambah nilai automatik

Kad Touch 'n Go ZingKad tambah nilai automatik Touch 'n Go atau lebih dikenali sebagai Touch 'n Go Zing dikeluarkan oleh kebanyakkan bank-bank utama tempatan. Ia ditawarkan kepada pemegang kad ahli Visa atau MasterCard sebagai kad sampingan kepada kad kredit. Kegunaannya di lebuh raya terhad kepada pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Kad pascabayar

Kad Touch 'n Go Fleet XsKad Touch 'n Go Fleet Xs adalah kad pascabayar khusus untuk warga korporat. Ia ditawarkan kepada pihak majikan untuk kegunaan kakitangannya. Penggunaan kad Touch 'n Go Fleet Xs terhad untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya sahaja. Butiran lanjut seperti nama syarikat, nombor pendaftaran kenderaan dan kelas kenderaan disimpan di dalam cip kad. Ia bagi memantau rekod penggunaan kad dan pergerakan kenderaan di lebuh raya melalui penyata elektronik. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.

Kad Touch 'n Go Biz Xs
Kad Touch 'n Go Biz Xs mirip seperti kad Touch 'n Go Fleet Xs dengan kemudahan sampingan. Ia sesuai untuk kakitangan syarikat dan warga korporat yang kerap menggunakan rangkaian lebuh raya bertol, berurusan di kompleks perniagaan dan memakir kenderaan di premis meletak kenderaan. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.
Kad pelbagai guna kerajaan Malaysia

MY KAD Touch 'n Go
Selain daripada kad pengenalan diri, kad pelbagai guna kerajaan Malaysia atau MyKad yang mempunyai logo Touch 'n Go di bahagian belakang kad adalah kad Touch 'n Go dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch 'n Go sebagai kaedah pembayaran elektronik di Malaysia. Touch 'n Go adalah satu daripada 8 aplikasi MyKad. Kegunaan MyKad Touch 'n Go di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Kad ganjaran

Kad ganjaran Buy N Fly
Kad ganjaran Buy N Fly diperkenalkan pada bulan Disember 1999 oleh Malaysia Airlines Golden Boutique Sdn Bhd. Ia merupakan kad ganjaran pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan kemudahan Touch 'n Go. Walaubagaimanapun, program kad ganjaran Buy N Fly ditamatkan pada 16 Julai 2002. Bagi pemegang kad tersebut, kemudahan Touch 'n Go masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.

Ciri-ciri kad


Kad dan sistem Touch 'n Go dibangunkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn Bhd menggunakan teknologi MIFARE, teknologi kad pintar tanpa sentuh terulung di dunia. Ia dipasarkan kepada orang ramai oleh Rangkaian Segar Sdn Bhd. Alat pengimbas Touch 'n Go pula dihasilkan oleh sebuah syarikat Malaysia iaitu Cipher Tec (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Subang,
Selangor, Malaysia.
Secara amnya, Touch 'n Go adalah teknologi berasaskan sistem pembayaran elektronik menggunakan kad pintar tanpa sentuh. Dari segi teknikal pula, MIFARE adalah teknologi komunikasi radio frekuensi pemancar data antara kad pintar tanpa sentuh dan alat pemgimbas. Transaksi berlaku apabila kad Touch 'n Go diimbas pada alat pengimbas untuk pembayaran atau tambah nilai.
Pada tahun 2005, Rangkaian Segar Sdn Bhd memperkenalkan kad Touch 'n Go yang baru dengan ciri-ciri keselamatan terkini seperti kemaskini kunci keselamatan pada cip kad pintar bagi mengantikan semua kad Touch 'n Go yang lama.

Latar belakang

Kemudahan Touch 'n Go yang pertama dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac 1997 di Plaza Tol Jalan Pahang dan Plaza Tol Jalan Cheras. Kemudian, pada 15 April 1997 kemudahan yang sama disediakan di Plaza Tol Salak dan Plaza Tol Bandar Tun Razak. Touch 'n Go mula mendapat perhatian orang ramai apabila pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad memperluaskan kemudahan tersebut di kesemua 65 plaza tol sepanjang lebuh raya 848 kilometer kendalian syarikat berkenaan pada 15 November 1998.

MAKSUD TOUCH N GO

Touch 'n Go (TnG) adalah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.
Selain itu, Touch n' Go juga adalah dompet elektronik kebangsaan bersaiz kad kredit bagi industri pengangkutan dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch ‘n Go. Ia dirintis kerajaan Malaysia bagi memperkenalkan sistem pembayaran elektronik bersepadu dan sistem tiket tunggal bagi bayaran tambang tol di lebuh raya, tambang pengangkutan awam, bayaran memakir kenderaan dan bayaran masuk taman tema. Touch 'n Go dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 1997.

Saturday, October 18, 2008

kelebihan tuoch n go

Memberikan perkhidmatan mencetak kad dan kad bersalut plastik (Laminate) menggunakan teknologi Re-Transfer berdasarkan data maklumat yang akan diberikan di dalam format lotus notes/sql. Percetakan ini perlu dilakukan di premis LHDN atau dengan kawalan pegawai LHDN.
Minima Ketebalan Salut Plastik

Memberikan perkhidmatan mengekod data (Data Encoding) ke dalam kad.

Maklumat yang perlu diletakkan di bahagian hadapan kad adalah gambar, nama, nombor kad pengenalan, no siri kad dan logo LHDN.
Manakala bahagian belakang, teks keselamatan, tarikh dan tandatangan K.P.

Aksesori Tambahan:
- Tali pemegang kad:
- Dicetak dengan perkataan yang akan diberitahu kemudian pada tali pemegang kad.
- Retractable badge reels
- Logo LHDN dicetak ditengah “Badge”
- Adjustable Cord Lock
Pemegang kad plastik