THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 19, 2008

Jenis kad

Terdapat lima jenis kad Touch 'n Go dengan tiga variasi komersil dipasaran. Pembelian kad Touch 'n Go boleh dilakukan di kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan serta agen peruncit Touch 'n Go yang terlibat dengan jaminan selama satu tahun untuk setiap pembelian kad baru.
Kad prabayar

Kad Touch 'n Go
Kad Touch 'n Go adalah kad keluaran pertama dan projek perintis Rangkaian Segar Sdn Bhd. Ia dijual kepada orang ramai dan setiap kumpulan pengguna pada harga RM10. Walaubagaimanapun, kegunaannya di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Pada bulan Mac 2007, Rangkaian Segar Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go disamping rekaan asal sempena dengan ulang tahun ke-
10 kad Touch 'n Go. Berikut adalah tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go.
Kad tambah nilai automatik

Kad Touch 'n Go ZingKad tambah nilai automatik Touch 'n Go atau lebih dikenali sebagai Touch 'n Go Zing dikeluarkan oleh kebanyakkan bank-bank utama tempatan. Ia ditawarkan kepada pemegang kad ahli Visa atau MasterCard sebagai kad sampingan kepada kad kredit. Kegunaannya di lebuh raya terhad kepada pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Kad pascabayar

Kad Touch 'n Go Fleet XsKad Touch 'n Go Fleet Xs adalah kad pascabayar khusus untuk warga korporat. Ia ditawarkan kepada pihak majikan untuk kegunaan kakitangannya. Penggunaan kad Touch 'n Go Fleet Xs terhad untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya sahaja. Butiran lanjut seperti nama syarikat, nombor pendaftaran kenderaan dan kelas kenderaan disimpan di dalam cip kad. Ia bagi memantau rekod penggunaan kad dan pergerakan kenderaan di lebuh raya melalui penyata elektronik. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.

Kad Touch 'n Go Biz Xs
Kad Touch 'n Go Biz Xs mirip seperti kad Touch 'n Go Fleet Xs dengan kemudahan sampingan. Ia sesuai untuk kakitangan syarikat dan warga korporat yang kerap menggunakan rangkaian lebuh raya bertol, berurusan di kompleks perniagaan dan memakir kenderaan di premis meletak kenderaan. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.
Kad pelbagai guna kerajaan Malaysia

MY KAD Touch 'n Go
Selain daripada kad pengenalan diri, kad pelbagai guna kerajaan Malaysia atau MyKad yang mempunyai logo Touch 'n Go di bahagian belakang kad adalah kad Touch 'n Go dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch 'n Go sebagai kaedah pembayaran elektronik di Malaysia. Touch 'n Go adalah satu daripada 8 aplikasi MyKad. Kegunaan MyKad Touch 'n Go di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Kad ganjaran

Kad ganjaran Buy N Fly
Kad ganjaran Buy N Fly diperkenalkan pada bulan Disember 1999 oleh Malaysia Airlines Golden Boutique Sdn Bhd. Ia merupakan kad ganjaran pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan kemudahan Touch 'n Go. Walaubagaimanapun, program kad ganjaran Buy N Fly ditamatkan pada 16 Julai 2002. Bagi pemegang kad tersebut, kemudahan Touch 'n Go masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.

0 comments: